Khamis, 29 Oktober 2009

Kambing Feral

Salam,

Kambing Feral akan sampai pada 3 nov 2009 sebanyak 40 ekor,sila buat tempahan untuk mendapatkan harga ex klia.Harga ex kandang lebih rm20 daripada ex klia.Dapatkan stock untuk Hari Raya Korban anda segera kerana stock adalah terhad

Kursus Pengurusan Kambing / Bebiri (Komersil) 19 - 22 Okt 2009

Salam semua.

Setelah 3 tahun memohon untuk menghadiri Kursus dengan Pejabat Haiwan Dearah Temerloh akhirnya saya telah dipilih untuk menyertai kursus di Institut Veterinar Malaysia di Kluang Johor pada 19 - 22 Okt 2009 yang lalu. Seramai 11 orang telah menghadiri kursus tersebut daripada Pulau Pinang,Melaka,Johor dan Pahang.

1-Syamsul - Pahang (Penghulu)
2-Vallou - Pahang
3-Sundra - Pahang
4-Johan - Pahang
5-Hassan - Pahang
6-Mohamad - Pahang
7-Adlan - Melaka (Tim. Penghulu)
8-Nasir - Pulau Pinang
9-Khir - Johor
10-Salman - Johor
11-Chew - Johor

Terima kasih tak terhingga kepada tenaga pengajar iaitu Pn Zablina drpd PVD Batu Pahat, En Chamian,En Jamal,En Mohd Noor,Pn Haryani,En Azman dan Dr Donny(dr dodon) dan Dr Maizatul diatas tunjuk ajar anda sekalian.Semoga ilmu yang kami dapat akan kami praktikkan di tempat kami, dan kepada En Azman terima kasih kerana bagi kami pokok Mulbery akan kami tanam dan bagi kambing kami makan hehe.

Dan kepada rakan2 semua saya memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung atau terkata selama kita berkawan selama 5 hari di intitut veterianar malaysia kluang.Anyway korang nak chat kat chat box blog ni pun boleh semoga kita dapat bertukar pandangan dan fikiran sesama kita.Salam.

Kursus Pengurusan Kambing / Bebiri (Komersil) 19 - 22 Okt 2009










Rabu, 14 Oktober 2009

Selasa, 6 Oktober 2009

UNTUK MAKLUMAN

Kapal Terbang Cargo dari Australia ke Malaysia telah d tunda kepada 13/10/2009.Harap maklum.

Jumaat, 2 Oktober 2009

UNTUK MAKLUMAN

Salam, Kambing Feral yang di jadual sampai pada 29/9/09 telah d tunda kepada 10/10/2009 kami membawa masuk 50 ekor untuk kali ini, 10 ekor akan d hantar ke Kuantan sejurus sampai d sini. Terima kasih Tuan Aziz yang membeli kambing daripada kami. Semoga Tuan dapat menjaga & menjual kambing2 itu nanti.