Sabtu, 2 Januari 2010

Anak kambing December 2009




Alhamdulilah pada bulan 12 2009 ni kami menyambut kelahiran 14 ekor anak kambing yang baru lahir beribukan koplo dan jamnapari berbapakkan Boer (Bob) dan Jamnapari (jamna).Kebanyakan yang lahir adalah kembar seekor brown head dan seekor lagi black head.4 ekor jantan dan 10 betina tetapi seekor mati kerana tersangkut di celah lantai.Dah lama x de anak kambing kecil di kandang last kelahiran pada bulan 8 yang lalu.Ini telah menaikkan semangat untuk terus berusaha dalam menternak kambing dan seterusnya meneruskan dengan program breeding yang di syorkan oleh doktor untuk menambahkan lagi kadar kelahiran yang lebih tinggi dan memaksimumkan kemampuan seseekor ibu kambing itu untuk beranak sekurang2nya 3 kali dalam masa 2 tahun Insyaallah.Semoga d murakkan lagi rezeki kami.Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan