Ahad, 27 Disember 2009

Kambing Feral dah sampai.




Kambing Feral sampai d kandang pada pukul 2.30 pagi malam tadi,pada pagi ni kambing2 semuanya kelihatan cergas2 belaka,pemantauan tahap kesihatan kena d pantau untuk 2 ke 3 hari lagi.Cepat dapatkan bekalan kambing anda kerana stock adalah terhad.

Kambing Feral dah sampai.











Salam, Kambing Feral telah selamat sampai di MAS kargo malam tadi,saya sendiri telah pergi memilih kambing di sana.Alhamdulilah kambing yang d bawa masuk semuanya besar2 ini memudahkan lagi untuk memilih kambing yang cukup umur saja d bawa ke Temerloh.Saiz Kambing kali ni lebih kurang 35 ke 60kg.Gambar d atas sekali kambing Feral mati d dalam crate.Pada shipment ni 2 ekor disembelih di kargo dan seekor mati ini kerana kesesakan d dalam crate.

Khamis, 17 Disember 2009

Kambing Feral Gerenti Cukup Umur

Stock Kambing Feral cukup umur akan tiba pada selasa depan,kambing confirm cukup gigi saya sendiri akan pilih di klia.Cepat stock adalah terhad.

Isnin, 7 Disember 2009

Tawaran Exclusive

Salam,Kambing Feral untuk d borong:-

40 ekor Rm 450
30 ekor Rm 460
20 ekor Rm 490
19 ekor kebawah Rm 510

Jumaat, 27 November 2009

Ibadah Qurban selamat d jalankan











Lebih kurang pukul 10 pagi saudara mara telah berkumpul d kandang Pj BestFarm untuk turut serta bergotong royong menyembelih,melapah dan membahagikan daging.

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam, Selamat Hari Raya Qurban kepada semua,hari ni selepas sembahyang raya kami akan menyembelih seekor lembu untuk d qurbankan,drpd 7 bahagian 2 bahagian untuk anak sy,manakala 5 bahagian lg dijual kepada saudara mara kami.Malam td hari hujan lebat sy menjangkakan ibadah qurban akan d lakukan dlm keadaan tanah yg basah dan kurang selesa.Jap lg akan d update setelah ibadah qurban selesai dilakukan.

Isnin, 23 November 2009

Kambing Feral dah sampai.

Kambing Feral sebanyak 30 ekor telah selamat sampai d kandang Pj BestFarm pada pukul 11.30 malam tadi.Saiz purata 30 - 37kg.Jadi dapatkan stock anda kerana stock adalah terhad.

Jumaat, 20 November 2009

Untuk Makluman

Baru mendapat panggilan drpd pengimport yang kambing Feral yg d jadualkan sampai besok pagi telah d tunda kepada 24hb ni bersamaan hari rabu.Harap maklum.

Khamis, 19 November 2009

Kambing Feral

Pada 21hb ni sy akan pergi ke KLIA untuk memilih kambing sendiri sebanyak 30 kor untuk d bawa balik ke Temerloh,confirm akan pilih yang baik punya kurang2 spec 40 ke 45 kgnye yang aku pilih.So untuk penternak2 d yang biasa mengambil dengan sy bolehlah datang memilih kambing pada hari sabtu petang ni.Cepat stock terhad.

Insentive Kambing

Pada 18.11.2009 pegawai veterinar daripada Kuantan telah datang melawat kandang untuk membuat pengesahan insentive yang d pohon beberapa bulan lalu.Alhamdulilah moga2 di murahkan lagi rezeki kami.

Selasa, 17 November 2009

Lawatan YB Adun Kemelah & JKKK Dun Kemelah 13.11.2009






Cenderahati yang di berikan oleh YB Adun Kemelah Ayub B. Rahmat dari Pejabat Pertanian Daerah Segamat.Gambar kenang2an bersama para peserta bersama YB Ayub B. Rahmat,Pengarah Veterinar Temerloh Cik Fazilah dan Ayah saya Hj Zainudin Seman.Terima Kasih tak terhingga kepada Jabatan Veterinar Temerloh terutama kepada Pengarah Cik Fazilah dan Pegawai Veterinar En. Rahman kerana memilih kandang Pj BestFarm sebagai tempat lawatan,dan terima kasih juga kepada YB Ayub B. Rahmat kerana sudi melawat kandang kami.














YB Adun Kemelah memberi cenderahati kepada ayah saya Hj zainudin.En Rahmat sedang berbincang sesuatu dengan rakan sekerja manakala Hj Salleh mendengar perbualan.Minum time sambil bersantai.






















Selepas mendengar taklimat drpd Ayah saya dan Cik Fazila semua di jemput menjamu selera minum petang karipap dan teh o je.Sibuk dengan kambing x sempat nak buat lebih2.

M

Lawatan YB Adun Kemelah & JKKK Dun Kemelah 13.11.2009











Pada 13.11.2009 yang lepas pihak Pj BestFarm telah menerima kunjungan daripada YB Ayub B. Rahmat (Adun Kemelah) bersama JKKK Dun Kemelah seramai 35 orang.Mereka dalam program lawatan sambil belajar di beberapa buah tempat di Temerloh.

Selasa, 10 November 2009

Kambing Feral dah sampai.











Pada 5/11/2009 Kambing Feral selamat sampai pada pukul 1.00am. Pada pagi tu setelah d cek gigi terdapat 16 ekor kambing belum salin gigi, terpaksa d pulangkan kepada pembekal itu pun kena tunggu shipment baru. Masalah betul nak menjaga kambing trip kali ni kerana masalah kambing yang kena cirit birit agak banyak dan kambing x nak makan. Antibiotik dan multivitamin dah d cucuk ubat cirit 2 x sehari dah d bagi tapi masih cirit lagi. Seekor kambing dah k.o namun sempat d sembelih.Moga2 kambing2 ni cepat2 sihat dan makan banyak2.

Khamis, 29 Oktober 2009

Kambing Feral

Salam,

Kambing Feral akan sampai pada 3 nov 2009 sebanyak 40 ekor,sila buat tempahan untuk mendapatkan harga ex klia.Harga ex kandang lebih rm20 daripada ex klia.Dapatkan stock untuk Hari Raya Korban anda segera kerana stock adalah terhad

Kursus Pengurusan Kambing / Bebiri (Komersil) 19 - 22 Okt 2009

Salam semua.

Setelah 3 tahun memohon untuk menghadiri Kursus dengan Pejabat Haiwan Dearah Temerloh akhirnya saya telah dipilih untuk menyertai kursus di Institut Veterinar Malaysia di Kluang Johor pada 19 - 22 Okt 2009 yang lalu. Seramai 11 orang telah menghadiri kursus tersebut daripada Pulau Pinang,Melaka,Johor dan Pahang.

1-Syamsul - Pahang (Penghulu)
2-Vallou - Pahang
3-Sundra - Pahang
4-Johan - Pahang
5-Hassan - Pahang
6-Mohamad - Pahang
7-Adlan - Melaka (Tim. Penghulu)
8-Nasir - Pulau Pinang
9-Khir - Johor
10-Salman - Johor
11-Chew - Johor

Terima kasih tak terhingga kepada tenaga pengajar iaitu Pn Zablina drpd PVD Batu Pahat, En Chamian,En Jamal,En Mohd Noor,Pn Haryani,En Azman dan Dr Donny(dr dodon) dan Dr Maizatul diatas tunjuk ajar anda sekalian.Semoga ilmu yang kami dapat akan kami praktikkan di tempat kami, dan kepada En Azman terima kasih kerana bagi kami pokok Mulbery akan kami tanam dan bagi kambing kami makan hehe.

Dan kepada rakan2 semua saya memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung atau terkata selama kita berkawan selama 5 hari di intitut veterianar malaysia kluang.Anyway korang nak chat kat chat box blog ni pun boleh semoga kita dapat bertukar pandangan dan fikiran sesama kita.Salam.

Kursus Pengurusan Kambing / Bebiri (Komersil) 19 - 22 Okt 2009










Rabu, 14 Oktober 2009

Selasa, 6 Oktober 2009

UNTUK MAKLUMAN

Kapal Terbang Cargo dari Australia ke Malaysia telah d tunda kepada 13/10/2009.Harap maklum.

Jumaat, 2 Oktober 2009

UNTUK MAKLUMAN

Salam, Kambing Feral yang di jadual sampai pada 29/9/09 telah d tunda kepada 10/10/2009 kami membawa masuk 50 ekor untuk kali ini, 10 ekor akan d hantar ke Kuantan sejurus sampai d sini. Terima kasih Tuan Aziz yang membeli kambing daripada kami. Semoga Tuan dapat menjaga & menjual kambing2 itu nanti.

Khamis, 24 September 2009

Salam Aidilfitri

Tempahan kambing Feral untuk shipment pada 29/9/2009 kini dibuka untuk jualan,dapatkan harga ex-klia dengan belian minimum 5 ekor.Harga ex-kandang lebih Rm20 daripada ex-klia.Call untuk dapatkan harga terbaik.

PJ Bestfarm telah membawa masuk lebih 300 ekor kambing dan Biri2 cukup umur di kandang kami dalam masa kurang setahun.Kami membawa masuk kambing setiap bulan dalam kuantiti 30 - 40 ekor setiap bulan.Kami juga merupakan pengimport terbesar untuk daerah Temerloh.
Jadi dapatkan stock anda segera.

Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

Salam,Lamanye x update blog,ari 2 router kena petir jadi malas nak pakai modem.Ni baru beli router baru,banyak gambar nak di upload d blog tp lambat sangat internet ni coz pakai yang murah je.
Dalam x update blog ni kambing betina Anglo beranak kembar,Anglo cross pun kembar dan sanen boer cross beranak seekor.Alhamdulilah.
Anyway sekarang ni curency AUD semakin naik sehingga memcecah 3.0 menyebabkan harga kambing Feral melambung naik.Nak x nak kena ambil jugak nak berniaga cuma kena kurangkan keuntungan jualan runcit sajelah yang membolehkan membuat jualan.Kalau naikkan harga juga mungkin orang takut nak beli.Daripada bulan 10 2008 sehingga sekarang harga pengimport telah naik sehinga rm50 daripada mula2 berniaga dulu.Jadi harga borong pun terpaksa dinaikkan bagi mendapatkan margin yang sama juga.Cuma harga runcit x dinaikkan.

Kadar harga kambing Feral
S-30kg - 35kg Rm600
M-36 - 40kg Rm650
L-41 - 45kg Rm700
XL-46 - 50 Rm750
XXL-51 keatas Rm800

Bagi harga Borong x dapat d tetapkan lagi kerana terpaksa memeriksa currency dulu.

D PJ BESTFARM juga ada menjual Garam Bukit,gula merah(molas),EM-1,EMAS dan ubat ubatan untuk ternakan dengan harga berpatutan.

*Tawaran jualan borong Kambing Jamnapari & cross jamna terdapat lebih 50 ekor untuk d jual dengan harga borong.Cepat stock terhad.

Selasa, 9 Jun 2009

Kambing beranak lagi













Petang tadi Pj Bestfarm menyambut kelahiran baru dari ibu koplo.Melahirkan anak jantan yang sihat.Anak kambing juga telah mendapat susu dari ibunya.Mudah2an anak kambing ni dapat membesar dengan sihat.