Sabtu, 28 Mac 2009

2nd Batch Pokok Gaharu




Kali ini saya menambah koleksi pokok gaharu lagi dengan 100 pokok.Pokok2 ini saya beli dengan En khairul dari kelantan.Beliau menghantar sehingga ke Bentong dan saya mengambilnya disana.


Ahad, 22 Mac 2009

Kambing Feral Dah Sampai




Kambing Feral dah tiba,smpai d kandang PJ BSTFARM pada pukul 5.00am,bertolak dari LCCT pada pukul 3.00am hari ni.Berat purata 40 ke 50 kg.Harga mahal ckit kali ni sebab kena sewa lori,sebelum ni free,lori free accident jadi kena la sewa.

Sabtu, 21 Mac 2009

Pokok Gaharu


Akhirnya pokok gaharu baru habis ditanam,oleh kerana terlalu banyak kerja di kandang jadi ianya ditanam apabila waktu yang terluang saja.Mudah2an pokok2 akan membesar dengan cepat dan sihat.

Jumaat, 20 Mac 2009

Shipment terbaru.

SHIPMENT AKAN DATANG : 21 Mac dan 4 April, 2009 (Feral, Boer Baka dan bebiri jenis Damara/Merino/Suffolk untuk Akikah/Daging).
Sila buat tempahan segera kerana stok adalah terhad!
Sila hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut:

Khamis, 19 Mac 2009

Progress pembinaan kandang











Kandang buat masa ni sedang menyiapkan bilik2 untuk kambing,buat sendiri je 2 yang lambat.Tukang hanya menyiapkan lantai dan atap sahaja yang mengambil masa 5 hari yang menelan belanja Rm2000.

UNTUK MAKLUMAN

Harga borong kambing Feral naik Rm20 daripada Rm460 kepada Rm480. Berat kambing gerenti 40kg keatas.Harap maklum.

Lawatan emak saudara n friends dari k.l











Rakan2 mak saudara datang dari K.L bercuti ke Kampung Paya Jejawi seterusnya datang melawat kandang PJ BESTFARM.Malangnya pokok durian baru berbunga,kalau dah berbuah sakan makan buah durian,siap boleh bawak balik lagi.

Khamis, 12 Mac 2009

SEMINAR PENTERNAKAN KAMBING 2009

Seminar yang dijadualkan pada 4.4.2009 ditunda kepada 18.4.2009 kerana sebab2 tertentu.Harap maklum.

Rabu, 11 Mac 2009

Sedikit Info tentang Gaharu

Kelantan Koridor Gaharu/ Agarwood 2
Pengenalan Pokok GAHARU/ DEPU/ KARAS/ AGARWOOD
Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa. Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.Pokok Karas merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya. Senario di dalam Industri Gaharu* Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.* Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan. * Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).* Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran. (sumber: TRAFFIC International 2002)* Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu* Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi. Penggalakan Penanaman Gaharu Secara Ladang Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di1. Tanah terbiar 2. Kawasan rezab hutan simpan 3. kawasan pembalakan yang telah diterokai. 4. Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi. * Dapat menjana hasil ekonomi masyarakat setempat dan negara dalam bentuk eksport. * Dapat menghijaukan bumi dan megurangkan pencerobohan kawasan hutanKELANTAN KORIDOR GAHARU? BENAR, bagi menyahut langkah yang Kerajaan Persekutuan, Negeri Kelantan sekali lagi mendahului negeri lain dalam sektor penanaman gaharu secara komersil di Malaysia. Projek ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh PMBK Sawit Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbandanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Bagi peringkat permulaan PMBK Sawit telah memperuntukan tanah seluas 425 ekar bagi penanaman gaharu di Kelantan. Proses penanaman gaharu telah dimulakan sejak Jun 2008, dimana sebanyak 60,000 anak pokok gaharu dari spesis Crasna, Sub-Intergra & Malaccensis telah ditanam. Bagi setiap keluasan 1 ekar, sebanyak 400 pokok boleh ditanam dengan jarak 3 menter kali 4 meter diantara setiap pokok. Anggaran minimum pendapatan yang boleh diperolehi dari penghasilan teras atau Heartwood yang terbentuk menerusi proses rawatan dalam tempoh 8 ke 10 tahun ialah berjumlah RM5,000 bagi setiap pokok. Anggaran ini berdasarkan kepada penghasilan gred terendah dengan harga pasaran semasa lebih kurang RM1,000 per kilogram dan tidak termasuk pulangan menerusi proses penghasilan minyak gaharu dari kulit pokok tersebut.Oleh yang demikian, secara minimum dianggarkan setiap ekar yang ditanam boleh menghasilkan pulangan sebanyak RM2 juta. Jika 425 ekar? ia bersamaan RM850 juta! Projek ini akab menjadi sebagai 'vehicle' yang paling berpotensi untuk memacu sumber ekonomi negeri secara mapan tidak lama lagi. Nilai pasaran antarabangsa bagi produk-produk yang dihasilkan dari resin dan teras gaharu nilainya di pasaran antarabangsa boleh mencecah USD30,000 (lebih dari RM100,000) sekilogram. Semua fakta-fakta berikut saya perolehi dari sumber internet dan MAJALAH QIADAH - keluaran PMBK. Sekiranya ada sesiapa yang berminat ingin menanam gaharu sebagai pelaburan jangka masa sederhana, anda digalakkan untu menghubungi saya bagi mendapatkan benih gaharu yang bermutu dan berkualiti tinggi. Iaitu dari spesis Crasna, Sub-Intergra & Malaccensis dengan harga yang sangat berpatutan.

Selasa, 10 Mac 2009

LONG TERM INVESTMENT




Pihak kami telah membeli pokok gaharu sebanyak 50 pokok untuk percubaan.Manalah tau ada rezeki dalam masa 10 tahun boleh membuahkan hasil yang lumayan.Kepada yang berminat mendapatkan anak pokok gaharu boleh hubungi saya.Sementara stock masih ada.

Isnin, 9 Mac 2009

BERITA TERBARU!

SHIPMENT AKAN DATANG : 14 & 21 Mac 2009 (Feral, Boer Baka dan bebiri jenis Damara/Merino/Suffolk untuk Akikah/Daging).
Sila buat tempahan segera kerana stok adalah terhad!
Sila hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut:

Selasa, 3 Mac 2009

BERITA TERBARU!

Tawaran Eksklusif Sebagai Agen Jualan Borong Kawasan /Daerah di negeri PAHANG. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

SHIPMENT AKAN DATANG : 4 Mac (Boer wethers sahaja) dan 14 Mac 2009 (Feral, Boer Baka dan bebiri jenis Damara/Merino untuk Akikah/Daging).
Sila buat tempahan segera kerana stok adalah terhad!

Isnin, 2 Mac 2009

BERITA HANGAT

SEMINAR PENTERNAKAN KAMBING 2009
SEMINAR PENTERNAKAN KAMBING
Objektif seminar untuk memberi pendedahan awal kepada peserta yang berminat menceburi bidang industri penternakan kambing secara serius. Antara topik-topik yang akan diketengahkan adalah :
i. Penternakan Suatu Perniagaan
ii. mengenalpasti peluang-peluang pasaran hasil ternakan
iii. mengenali potensi industri ternakan kambing di bawah RMK-9
iv. mendapat tip-tip kejayaan daripada pengusaha yang berjaya
Tarikh Seminar : 4 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar , Dewan Wisma
Belia,Indera Mahkota, Kuantan PahangYuran : RM 190.00 (termasuk makan minum, nota dan sijil)Cenderahati : Sekeping cd kompilasi kertas kerja ternakan lengkap
Penceramah : JPV, TEKUN, MARA, AgroBank dan Pengusaha berjaya
Pendaftaran kursus sila hubungi 0169368678 (Maman) atau 0169867818 (liza).Sila buat bayaran di Bank Islam no. akaun 13017010086187 dan SMS nama , No I/C untuk tempahan pendaftaran.Tempat adalah terhad.
ATURCARA SEMINAR MEMULAKAN TERNAKAN KAMBINGTARIKH : 4HB APRIL 2009 ( SABTU )MASA : 8.00 AM – 5.30 PETANGTEMPAT : BILIK SEMINAR, DEWAN WISMA BELIA, BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN, PAHANG.

Ahad, 1 Mac 2009

Kambing PJ BESTFARM beranak lagi

Kambing PJ BESTFARM beranak lagi pada hari ini.Ini anak kedua yang dilahirkan betina.


Kambing Feral

Stock kambing feral dah sampai pada pukul 7.30am pagi tadi.Pelbagai saiz ada.Besar ada yang kecil pun ada.Dapatkan stock anda pada harga borong.Stock adalah terhad.