Jumaat, 27 November 2009

Ibadah Qurban selamat d jalankan











Lebih kurang pukul 10 pagi saudara mara telah berkumpul d kandang Pj BestFarm untuk turut serta bergotong royong menyembelih,melapah dan membahagikan daging.

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam, Selamat Hari Raya Qurban kepada semua,hari ni selepas sembahyang raya kami akan menyembelih seekor lembu untuk d qurbankan,drpd 7 bahagian 2 bahagian untuk anak sy,manakala 5 bahagian lg dijual kepada saudara mara kami.Malam td hari hujan lebat sy menjangkakan ibadah qurban akan d lakukan dlm keadaan tanah yg basah dan kurang selesa.Jap lg akan d update setelah ibadah qurban selesai dilakukan.

Isnin, 23 November 2009

Kambing Feral dah sampai.

Kambing Feral sebanyak 30 ekor telah selamat sampai d kandang Pj BestFarm pada pukul 11.30 malam tadi.Saiz purata 30 - 37kg.Jadi dapatkan stock anda kerana stock adalah terhad.

Jumaat, 20 November 2009

Untuk Makluman

Baru mendapat panggilan drpd pengimport yang kambing Feral yg d jadualkan sampai besok pagi telah d tunda kepada 24hb ni bersamaan hari rabu.Harap maklum.

Khamis, 19 November 2009

Kambing Feral

Pada 21hb ni sy akan pergi ke KLIA untuk memilih kambing sendiri sebanyak 30 kor untuk d bawa balik ke Temerloh,confirm akan pilih yang baik punya kurang2 spec 40 ke 45 kgnye yang aku pilih.So untuk penternak2 d yang biasa mengambil dengan sy bolehlah datang memilih kambing pada hari sabtu petang ni.Cepat stock terhad.

Insentive Kambing

Pada 18.11.2009 pegawai veterinar daripada Kuantan telah datang melawat kandang untuk membuat pengesahan insentive yang d pohon beberapa bulan lalu.Alhamdulilah moga2 di murahkan lagi rezeki kami.

Selasa, 17 November 2009

Lawatan YB Adun Kemelah & JKKK Dun Kemelah 13.11.2009






Cenderahati yang di berikan oleh YB Adun Kemelah Ayub B. Rahmat dari Pejabat Pertanian Daerah Segamat.Gambar kenang2an bersama para peserta bersama YB Ayub B. Rahmat,Pengarah Veterinar Temerloh Cik Fazilah dan Ayah saya Hj Zainudin Seman.Terima Kasih tak terhingga kepada Jabatan Veterinar Temerloh terutama kepada Pengarah Cik Fazilah dan Pegawai Veterinar En. Rahman kerana memilih kandang Pj BestFarm sebagai tempat lawatan,dan terima kasih juga kepada YB Ayub B. Rahmat kerana sudi melawat kandang kami.














YB Adun Kemelah memberi cenderahati kepada ayah saya Hj zainudin.En Rahmat sedang berbincang sesuatu dengan rakan sekerja manakala Hj Salleh mendengar perbualan.Minum time sambil bersantai.






















Selepas mendengar taklimat drpd Ayah saya dan Cik Fazila semua di jemput menjamu selera minum petang karipap dan teh o je.Sibuk dengan kambing x sempat nak buat lebih2.

M

Lawatan YB Adun Kemelah & JKKK Dun Kemelah 13.11.2009











Pada 13.11.2009 yang lepas pihak Pj BestFarm telah menerima kunjungan daripada YB Ayub B. Rahmat (Adun Kemelah) bersama JKKK Dun Kemelah seramai 35 orang.Mereka dalam program lawatan sambil belajar di beberapa buah tempat di Temerloh.

Selasa, 10 November 2009

Kambing Feral dah sampai.











Pada 5/11/2009 Kambing Feral selamat sampai pada pukul 1.00am. Pada pagi tu setelah d cek gigi terdapat 16 ekor kambing belum salin gigi, terpaksa d pulangkan kepada pembekal itu pun kena tunggu shipment baru. Masalah betul nak menjaga kambing trip kali ni kerana masalah kambing yang kena cirit birit agak banyak dan kambing x nak makan. Antibiotik dan multivitamin dah d cucuk ubat cirit 2 x sehari dah d bagi tapi masih cirit lagi. Seekor kambing dah k.o namun sempat d sembelih.Moga2 kambing2 ni cepat2 sihat dan makan banyak2.